Tuesday, December 29, 2009

Menghormati Cinta...

Apabila Cinta itu Gagal…

Cinta yang terbina biasanya gagal dan berhenti dipertengahan jalan apabila masing-masing, Si Lelaki dan Si Perempuan hanya sekadar tahu memberi apa yang mereka mahukan tanpa mengambil kira perasaan dan keperluan emosi masing-masing. Ini adalah kerana, prioritikeperluan Cinta Si Perempuan adalah untuk dikasihi, disayangi, di ambil berat, difahami dan lain-lain manakala pada Si Lelaki, mereka pula mendefinisikan keperluan Cinta hanya berteraskan kepercayaan Si Perempuan terhadap dirinya. Sungguhpun, perasaan ambil berat akan pasangan biasa dijadikan ukuran dalam sesuatu hubungan, namun begitu, KEPERCAYAAN memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu hubungan yang berkesan secara total. Cinta itu adalah mengenai keselesaan dan perasaan tenteram apabila bersama dengan pasangan.

Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.”[Ar-Rum, 30:21]

Perilaku tindak balas Si Lelaki baik dari segi percakapan mahupun perbuatan adalah sangat bererti kepada Si Perempuan dalam menilai Cinta mereka. Begitu juga Si Lelaki hanya sibuk menawarkan keperluan yang tidak diinginkan oleh Si Perempuan. Akhirnya, masing-masing terperangkap dalam lingkungan luar dari perasaan Cinta sebenar, yakni lingkungan kegagalan memenuhi kehendak Cinta masing-masing. Dengan keegoan yang sedia ada dalam diri mereka, masing-masing berkeras mengatakan mereka sudah banyak memberi dalam perhubungan. Memang benar apa yang mereka katakan, tetapi kegagalan ini hanyalah berpunca daripada kegagalan menerima apa yang mereka kehendaki. Mereka hanya bercinta pada nama, namu tidak pada hatinya. Cinta itu bukanlah diukur sebanyak mana kita memberi, tetapi sejauh mana kemampuan memenuhi kehendak pasangan kita.

Belajar Mendengar dan Memahami…

Dalam mengejar sebuah hubungan yang bahagia, Si Lelaki dan Si Perempuan mestilah berusaha dalam memikat hati masing-masing dan ianya mestilah berterusan. Perkahwinan bukanlah noktah untuk menjadi lebih romantik. Malah inilah masa terbaik untuk mencurahkan perasaan kasih dan sayang yang sudah terpendam buat sekian lama. Cinta bermula dengan komunikasi yang baik antara pasangan. Kebiasaannya, Si Lelaki gagal dalam hal ini yang menyebabkan Si Perempuan merasakan diri mereka terabai dan mereka lebih selesa berkongsi rahsia dengan rakan-rakan perempuan yang lain. Perkara yang sama juga terjadi pada Si Perempuan dimana sifat mereka yang terlalu arif dalam hal ini yang menyebabkan mereka sacara naturalnya memiliki sifat mengambil berat. Namun sikap ambil berat yang berlebihan pula menyebabkan orang disekeliling mereka berasa kurang selesa dan terkongkong terutamanya kaum adam.

Apabila sesuatu perbincangan serius antara Si Perempuan dan Si Lelaki berlaku, masing-masing hendaklah berusaha untuk memahami keadaan tersebut dan mengawal kemarahan mereka terutamanya Si Lelaki. Sekiranya ini berlaku, salah satu pihak mestilah bertindak mengawal suasana tersebut. Pertelingkahan tidak memberi sebarang penyelesaian dan api tidak boleh dipadamkan dengan api. Maksud mengawal suasana di sini bukanlah dengan mendominasi perbincangan tersebut, cukuplah sekadar mendengar apa yang terbuku di hati pasangan dalam perkara tersebut. Langkah-langkah seperti menyokong pandangan pasangan dan juga mencatit isi-isi pandangan beliau mampu mengawal suasana daripada menjadi tegang. Ini akan menyebabkan pasangan berasa dihormati dalam perbualan tersebut. Teruskan berbincang sehingga mencari jalan penyelesaian. Sekiranya topic perbincangan adalah masalah yang dialami oleh pasangan, elakkan daripada menawarkan jalan penyelesaian sebaliknya mendorong pasangan mencari jalan penyelesaiannya sendiri. Dalam sesetengah kes, apabila pasangan tidak mampu berfikir ataupun mungkin bertindak emosional dalam mencari penyelesaian, maka hendaklah kita bertindak memberikan beberapa pilihan penyelesaian yang rasional kepada beliau bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk. Akhiri perbincangan dengan usapan manja dan kata-kata yang memberansangkan. Buangkan ego diri dengan mminta maaf sekiranya perlu.






No comments:

Post a Comment