Monday, December 28, 2009

Terokailah Perbezaan Keperluan Emosi Si Dia...


Perbezaan adalah nikmat yang perlu diterokai bersama.

Lelaki dan perempuan adalah berbeza baik dari segi fizikal dan juga emosi. Namun begitu, kedua-duanya terikat dengan kemahuan Cinta yang sama. Si Lelaki dan Si Perempuan biasanya tidak sedar bahawa mereka ini adalah berbeza sama sekali secara fitrahnya terutamanya dalam keperluan emosi masing-masing yang mana akhirnya membawa kepada perpecahan akibat tidak mampu bekerjasama dalam hubungan ini. Si Lelaki biasa hadir dan hanya memberi apa yang biasa kaum adam inginkan dan juga begitu pada Si Perempuan bangga menawarkan apa yang diidamkan oleh kaum hawa. Kedua-dua belah pihak salah menganggap bahawa mereka mempunya keperluan emosi dan kehendak yang sama. Akhirnya, kisah perhubungan ini sampai ke penghujungnya dengan perasaan marah dan dendam. Pasangan Si Lelaki dan Si Perempuan merasakan mereka sudah banyak memberi tetapi mereka tidak mendapat apa yang mereka harapkan dari pasangan mereka. Masing-masing datang dengan teori di dalam hati, mengatakan Cintanya tidak dihormati dan dihargai. Kedua-dua pihak sebenarnya telahpun berkongsi kasih dan cinta yang sepatutnya antara mereka tetapi dengan langkah yang salah.


Sebagai contoh, Si Perempuan merasakan dirinya dicintai apabila banyak mengajukan soalan-soalan yang menggambarkan keprihatinan dan sensitivity mereka kepada pasangannya. Namun, pada Si Lelaki, tindakan ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dan mula mencari ruang dalam kehidupan dengan mengabaikan Si Perempuan. Pada Masa yang sama, Si Perempuan menjadi bingung dengan respons Si Lelaki kerana beranggapan bahawa Si Lelaki sepatutnya lebih menghargai dirinya dengan apa yang dilakukan olehnya.


Begitu juga apa yang berlaku kepada Si Lelaki. Mereka merasakan diri mereka dicintai dengan menaburkan perasaan kasih dan sayangnya kepada Si Perempuan. Walhal, Si Perempuan pula merasakan kewujudan Si Lelaki menyekat dirinya dalam melaksanakan keputusan sendiri. Sebagai contoh apabila Si Perempuan mengalami masalah, Si Lelaki dengan lagak egonya tampil untuk membantu. Namun begitu, tanpa disedari, bantuan itu lebih berbentuk kepada penyelesaian kepada masalah bukanlah semata-mata menenangkan perasaan Si Perempuan. Itulah Si Lelaki, yang hanya berlagak sebagai Mr. Fix-It. Mereka hanya mengambil mudah terhadap masalah tersebut sebaliknya terus menumpukan kepada jalan penyelesaian. Tidakkah mereka sedar bahawa masalah itu sebenarnya memberi impak besar kepada si dia yang secara fitrahnya lahir dengan sifat yang lembut dan rapuh. Sesuatu kecederaan bukanlah dinilai daripada sebanyak mana darah yang mengalir, sebaliknya sedalam mana ia terluka.

2 comments:

  1. >>Masing-masing datang dengan teori di dalam hati, mengatakan Cintanya tidak dihormati dan dihargai. Kedua-dua pihak sebenarnya telahpun berkongsi kasih dan cinta yang sepatutnya antara mereka tetapi dengan langkah yang salah.<<

    >>>btol kot....heee~~

    ReplyDelete
  2. hehehe.. btol3... :) keep on readin ye.. :D

    ReplyDelete