Sunday, October 23, 2011

Lelayang Kencana

tali kasih,
urat2 usia menanda,
digegar dan dihayun,
dipintal dan disentap,
sungguh masih utuh nilai bahagia,
makin pudar leliang kecewa.

tali gundah,
ada terpalit garam dan kaca,
digenggam perit dilepas kecewa,
sungguh masih utuh nilai cinta,
makin pejal terasnya.

tali takut,
diikat kian rapuh,
dilerai makin sayang,
mengharap lelayang kencana bertaut mengerti.

tali umat,
angin kan sentiasa bertiup,
tupai sentiasa melompat,
kilat dan guruh pasti hadir,
bernaung di bawah panji alam dan masa,
maharajalela segala singgahsana,
indah ciptaan Tuhan yang Maha Esa.

Rojak Rasa


Intai tetingkap tubuh,
lihat hati merah yang dikerunyuk duka dek masa,
gusar jiwa diselak helaian demi helaian,
kerna masih banyak lembaran hingga kepenghujung cerita.

Biru mewarna,
harapan dipasak utuh pada yang sudi,
sanggup emas dipajak bagi hiasi busana,
hemparan demi hemparan bersilih ganti,
namun terlepas kerna lemahnya iman.

Putih dicalit,
moga putus asa, dendam dan secubit geram manis semula,
dijaja cerita punyai gula,
ditanam juga sembilu berharap tumbuhnya bunga,
kiasan kata menerobos takhta,
tak lama,
pudar dan singkap derita.

kuning menanda,
tak telus,
sebak dan menderita,
hingga tiba saatnya.

Moga bersemi tinta kekal dan abadi.

Tuesday, December 29, 2009

YOU, HER AND ME…



This is the story,

a story of a man,

a man in hurry and lonely,

affectionate by love and crazy,

unlike ecstasy nor drunk,

begging some love,

that he misses you so much via her,

in this alienated country.


Connecting people,

this is what they said,

that she should be supposedly,

the love between us three,

you, her and me.


dear my lovey,

if and only if you know,

how devoted I’m used to be,

to you and her,

her madly buzzing,

your melting words,

visited me days and nights,

make me happy,

thoroughly.


across the ocean and continent to the east,

here I am,

with her,

such loyal and trustworthy,

one and the only.


into me i see,

a sorrow box,

once filled with beautiful memories,

just you and me.


into her I see,

a small box,

where lie our promises and swears,

in browsing history,

there is a story tale,

about you and me.


missing you,

fond on her,

passionately loving u and her,


do you ever wonder,

she is the bridge,

she is the witness,

across this boundary,

passing my very first honest words,

and so this soul and body.


what do you know,

men tend to use her,

falsifying love with their ludicrous hands,

hitting lies on her,

so to win the goblet of heart of ladies,

which supposed to be fill with pure intimacy.


please honey,

don’t worry about me,

you owned me,

don’t ever get jealous of her,

even she is close to me,

on ear usually,


in our destiny,

she is no more than a peer,

BUT a mobile phone that connects us,

across this boundary.

everything is just

you, her and me.

~~created by SoMeBoDy's Me (25th August 2008)~~


Menghormati Cinta...

Apabila Cinta itu Gagal…

Cinta yang terbina biasanya gagal dan berhenti dipertengahan jalan apabila masing-masing, Si Lelaki dan Si Perempuan hanya sekadar tahu memberi apa yang mereka mahukan tanpa mengambil kira perasaan dan keperluan emosi masing-masing. Ini adalah kerana, prioritikeperluan Cinta Si Perempuan adalah untuk dikasihi, disayangi, di ambil berat, difahami dan lain-lain manakala pada Si Lelaki, mereka pula mendefinisikan keperluan Cinta hanya berteraskan kepercayaan Si Perempuan terhadap dirinya. Sungguhpun, perasaan ambil berat akan pasangan biasa dijadikan ukuran dalam sesuatu hubungan, namun begitu, KEPERCAYAAN memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu hubungan yang berkesan secara total. Cinta itu adalah mengenai keselesaan dan perasaan tenteram apabila bersama dengan pasangan.

Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.”[Ar-Rum, 30:21]

Perilaku tindak balas Si Lelaki baik dari segi percakapan mahupun perbuatan adalah sangat bererti kepada Si Perempuan dalam menilai Cinta mereka. Begitu juga Si Lelaki hanya sibuk menawarkan keperluan yang tidak diinginkan oleh Si Perempuan. Akhirnya, masing-masing terperangkap dalam lingkungan luar dari perasaan Cinta sebenar, yakni lingkungan kegagalan memenuhi kehendak Cinta masing-masing. Dengan keegoan yang sedia ada dalam diri mereka, masing-masing berkeras mengatakan mereka sudah banyak memberi dalam perhubungan. Memang benar apa yang mereka katakan, tetapi kegagalan ini hanyalah berpunca daripada kegagalan menerima apa yang mereka kehendaki. Mereka hanya bercinta pada nama, namu tidak pada hatinya. Cinta itu bukanlah diukur sebanyak mana kita memberi, tetapi sejauh mana kemampuan memenuhi kehendak pasangan kita.

Belajar Mendengar dan Memahami…

Dalam mengejar sebuah hubungan yang bahagia, Si Lelaki dan Si Perempuan mestilah berusaha dalam memikat hati masing-masing dan ianya mestilah berterusan. Perkahwinan bukanlah noktah untuk menjadi lebih romantik. Malah inilah masa terbaik untuk mencurahkan perasaan kasih dan sayang yang sudah terpendam buat sekian lama. Cinta bermula dengan komunikasi yang baik antara pasangan. Kebiasaannya, Si Lelaki gagal dalam hal ini yang menyebabkan Si Perempuan merasakan diri mereka terabai dan mereka lebih selesa berkongsi rahsia dengan rakan-rakan perempuan yang lain. Perkara yang sama juga terjadi pada Si Perempuan dimana sifat mereka yang terlalu arif dalam hal ini yang menyebabkan mereka sacara naturalnya memiliki sifat mengambil berat. Namun sikap ambil berat yang berlebihan pula menyebabkan orang disekeliling mereka berasa kurang selesa dan terkongkong terutamanya kaum adam.

Apabila sesuatu perbincangan serius antara Si Perempuan dan Si Lelaki berlaku, masing-masing hendaklah berusaha untuk memahami keadaan tersebut dan mengawal kemarahan mereka terutamanya Si Lelaki. Sekiranya ini berlaku, salah satu pihak mestilah bertindak mengawal suasana tersebut. Pertelingkahan tidak memberi sebarang penyelesaian dan api tidak boleh dipadamkan dengan api. Maksud mengawal suasana di sini bukanlah dengan mendominasi perbincangan tersebut, cukuplah sekadar mendengar apa yang terbuku di hati pasangan dalam perkara tersebut. Langkah-langkah seperti menyokong pandangan pasangan dan juga mencatit isi-isi pandangan beliau mampu mengawal suasana daripada menjadi tegang. Ini akan menyebabkan pasangan berasa dihormati dalam perbualan tersebut. Teruskan berbincang sehingga mencari jalan penyelesaian. Sekiranya topic perbincangan adalah masalah yang dialami oleh pasangan, elakkan daripada menawarkan jalan penyelesaian sebaliknya mendorong pasangan mencari jalan penyelesaiannya sendiri. Dalam sesetengah kes, apabila pasangan tidak mampu berfikir ataupun mungkin bertindak emosional dalam mencari penyelesaian, maka hendaklah kita bertindak memberikan beberapa pilihan penyelesaian yang rasional kepada beliau bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk. Akhiri perbincangan dengan usapan manja dan kata-kata yang memberansangkan. Buangkan ego diri dengan mminta maaf sekiranya perlu.






Monday, December 28, 2009

Terokailah Perbezaan Keperluan Emosi Si Dia...


Perbezaan adalah nikmat yang perlu diterokai bersama.

Lelaki dan perempuan adalah berbeza baik dari segi fizikal dan juga emosi. Namun begitu, kedua-duanya terikat dengan kemahuan Cinta yang sama. Si Lelaki dan Si Perempuan biasanya tidak sedar bahawa mereka ini adalah berbeza sama sekali secara fitrahnya terutamanya dalam keperluan emosi masing-masing yang mana akhirnya membawa kepada perpecahan akibat tidak mampu bekerjasama dalam hubungan ini. Si Lelaki biasa hadir dan hanya memberi apa yang biasa kaum adam inginkan dan juga begitu pada Si Perempuan bangga menawarkan apa yang diidamkan oleh kaum hawa. Kedua-dua belah pihak salah menganggap bahawa mereka mempunya keperluan emosi dan kehendak yang sama. Akhirnya, kisah perhubungan ini sampai ke penghujungnya dengan perasaan marah dan dendam. Pasangan Si Lelaki dan Si Perempuan merasakan mereka sudah banyak memberi tetapi mereka tidak mendapat apa yang mereka harapkan dari pasangan mereka. Masing-masing datang dengan teori di dalam hati, mengatakan Cintanya tidak dihormati dan dihargai. Kedua-dua pihak sebenarnya telahpun berkongsi kasih dan cinta yang sepatutnya antara mereka tetapi dengan langkah yang salah.


Sebagai contoh, Si Perempuan merasakan dirinya dicintai apabila banyak mengajukan soalan-soalan yang menggambarkan keprihatinan dan sensitivity mereka kepada pasangannya. Namun, pada Si Lelaki, tindakan ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dan mula mencari ruang dalam kehidupan dengan mengabaikan Si Perempuan. Pada Masa yang sama, Si Perempuan menjadi bingung dengan respons Si Lelaki kerana beranggapan bahawa Si Lelaki sepatutnya lebih menghargai dirinya dengan apa yang dilakukan olehnya.


Begitu juga apa yang berlaku kepada Si Lelaki. Mereka merasakan diri mereka dicintai dengan menaburkan perasaan kasih dan sayangnya kepada Si Perempuan. Walhal, Si Perempuan pula merasakan kewujudan Si Lelaki menyekat dirinya dalam melaksanakan keputusan sendiri. Sebagai contoh apabila Si Perempuan mengalami masalah, Si Lelaki dengan lagak egonya tampil untuk membantu. Namun begitu, tanpa disedari, bantuan itu lebih berbentuk kepada penyelesaian kepada masalah bukanlah semata-mata menenangkan perasaan Si Perempuan. Itulah Si Lelaki, yang hanya berlagak sebagai Mr. Fix-It. Mereka hanya mengambil mudah terhadap masalah tersebut sebaliknya terus menumpukan kepada jalan penyelesaian. Tidakkah mereka sedar bahawa masalah itu sebenarnya memberi impak besar kepada si dia yang secara fitrahnya lahir dengan sifat yang lembut dan rapuh. Sesuatu kecederaan bukanlah dinilai daripada sebanyak mana darah yang mengalir, sebaliknya sedalam mana ia terluka.

Pembuka Bicara...

Cinta itu berkenaan kesediaan berkongsi hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca dan pengunjung laman blog saya ini. Tujuan laman blog ini adalah untuk mendedahkan kepada anda tentang CINTA terutamanya permasalahan yang timbul, punca dan kesan CINTA itu sendiri.

Sebelum mengorak lagkah, saya dahulukan blog ini dengan permasalahan CINTA yang biasa dialami oleh pasangan yang bernama Si Lelaki dan Si Perempuan. Adakalanya, permasalahan ini timbul kerana hanya sebelah pihak yang menyumbang kepada keintiman hubungan yang telah terbina, dan merasakan tidak dihargai. Malah pihak yang sama mengharapkan apa yang telah mereka curahkan akan dibalas oleh pihak yang satu lagi. Masalah ini biasanya berlaku kepada Si Perempuan yang selalu mengharapkan Si Lelaki tampil memberikan respons bagi setiap apa yang telah Si Perempuan berikan dalam hubungan mereka. Namun begitu, permasalahan ini juga biasa berlaku kerana tindakan Si Perempuan memaksa Si Lelaki dalam setiap tindak tanduk dan menjadikan mereka terjerat dalam perhubungan CINTA ‘boneka’ Si Perempuan dan juga mungkin berlaku sebaliknya. Sifat terlalu mengejar kesempurnaan dalam perhubungan tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan manusia.


Memberi dan menerima dalam bercinta